Bila merakam foto menggunakan flash, biasanya hasil gambarnya akan kelihatan tidak natural. Saya selalu pesan kepada peserta kursus - kalau pakai flash, jangan bagi nampak macam pakai flash. Maksudnya, kita mesti kawal supaya cahaya flash tersebut nampak natural dan cantik. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang menarik, anda boleh mengikuti beberapa tips ini:
1) Jadikan flash sebagai fill-in sahaja, bukan sebagai main light. Secara mudahnya, gunakan ISO yang agak tinggi, aperture yang paling besar dan shutter speed yang paling perlahan untuk mendapatkan kesan flash yang natural dan teradun dengan cahaya semulajadi. Jika anda menggunakan kawalan TTL pada flash, anda boleh letakkan flash compensation pada -1, -2 dan sebagainya, untuk menjadikan flash anda sebagai fill-in sahaja.
2) Lembutkan cahaya flash dengan cara memantulkan (bounce) flash tersebut ke syiling atau ke dinding. Cuma pastikan sudut pantulan anda adalah betul dan menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Anda juga perlu ingat agar elakkan bounce kepada syiling atau permukaan yang terlalu tinggi atau berwarna gelap kerana kuasa flash anda tidak mampu memantulkan balik cahaya tersebut. Ini akan mengakibatkan flash anda jadi cepat panas, tempoh recycle bateri menjadi perlahan dan bateri cepat habis. Jika permukaan tersebut terlalu jauh atau terlalu gelap, gambar yang dihasilkan akan menjadi gelap (under exposed)
3) Untuk mengurangkan bayang yang dihasilkan oleh flash, anda boleh gunakan reflector untuk memantulkan kembali cahaya utama sekaligus mengurangkan bayang. Reflector adalah satu aksesori yang amat penting dan berguna untuk jurufoto perkahwinan atau jurufoto potret. Terdapat berbagai jenis reflector di pasaran, tetapi yang paling praktikal adalah reflector bernama TriGrip buatan Lastolite.
4) Anda juga boleh lembutkan cahaya flash dengan menggunakan diffuser dihadapan flash. Diffuser ini boleh dibuat dari sebarang objek yang lutcahaya. Setiap bahan akan memberikan kesan cahaya yang berlainan. Anda boleh gunakan kertas putih, kertas tisu atau plastik putih yang lutcahaya (seperti botol susu yang dibuat dari plastik) Untuk anda yang lebih serius, anda boleh gunakan aksesori seperti umbrella atau softbox. Antara jenama yang terkenal adalah Lumiquest dan Lastolite.
5) Untuk kesan yang lebih semualajadi, jangan pakai flash langsung jika keadaan mengizinkan. Anda perlu ada lensa dengan aperture yang besar seperti f/2.8 untuk tujuan ini. Anda juga mestilah boleh merakam foto dengan shutter yang perlahan seperti 1/8 saat serta ISO tinggi seperti ISO 800. Untuk merakam foto dengan shutter yang perlahan, anda perlu ada lensa VR atau IS. Atau anda boleh guna lensa biasa, tetapi perlu mempunyai tangan yang stabil.
6) Selain dari cahaya lembut, cahaya direct flash juga boleh menghasilkan foto yang menarik jika kena dengan subjeknya. Cahaya direct flash lebih kasar dan menghasilkan bayang yang ketara. Untuk menjadikan direct flash lebih menarik, anda perlu pancarkan flash anda secara off-camera (flash tidak berada di atas kamera) Anda perlu mempunyai TTL cord untuk tujuan ini. Anda boleh pancarkan flash dari sudut tepi kamera anda dan sebagainya. Dengan pancaran flash secara off-camera, foto anda tidak akan kelihatan seperti foto biasa dimana flash dipancarkan dari atas kamera.
How to Password Protect a Folder on Mac
4 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan