MENCARI REZEKI

Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan rezeki-rezeki ini kepada aku... semogamu YA ALLAH, permudahkanlah segala pekerjaan aku, berkatilah segala usaha aku dan lindungilah mereka-mereka ini yang telah meletakkan kepercayaan mereka ini terhadap aku. Kepada rakan-rakan yang memberi sokongan terhadap aku diharap kalian juga turut sukses3x dalam bidang ini semoga kita semua menjadi yang terbaik dalam segala jenis bidang....amin ...amin ...amin..."



At The Heart Of The Image

Selasa, 26 Januari 2010

FOGGING DI PUSAT KOMERSIAL








Pada petang yang indah ini sedang aku lena di ulit mimpi aku telah dikejutkan dengan suara orang yang menggunakan pembesar suara sambil menyuruh penduduk di pusat komersial bergegas keluar dari rumah kerana pihak hendak melakukan proses penyemburan nyah nyamuk (fogging). Aku pun merupakan salah seorang warga pusat komersial turut terkena tempias fogging tersebut. Aku yang baru bangun dari tidor terus bangun dan membawa keluar kamera ku ini. Tak banyak gambar yang aku amek pun cuma saje suke2 shoot di waktu petang yang indah..

Isnin, 25 Januari 2010

Muhasabah Utk Orang Melayu

Ceritanya bermula pada lebih 30 tahun dahulu di sebuah bandar di negara ini. Terdapat masa itu dua pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak mereka. Satu pasangan adalah berketurunan Cina dan menganut ugama lain dan sepasang lagi adalah pasangan orang Melayu yang berugama islam. Entah macamana di takdirkan Allah kedua2 pasangan ini merujuk kepada hospital yang sama.

Setelah tiba masa yang di nanti-nantikan maka pasangan Melayu ini bergegas ke hospital untuk malhirkan anak. Sekali lagi mereka terkejut apabila mendapati pasangan Cina tadi juga sedang menanti saat2 kalahiran anak mereka. Memang Allah maha kaya, kedua2 ibu ini telah melahirkan anak dalam waktu yang sama. Setelah lahir kedua2 anak ini kemudian di bawa oelh jururawat ke tempat salinan utk di bersihkan sebelum di serahkan kepada ibubapa mereka. Maka di sinilah bermulanya kisah yang unik ini.

Tanpa di sedari oleh kedua2 ibubapa dan juga doktor, jururawat berkenaan telah tertukar milik. Yang bayi pasangan Melayu di beri kepada pasangan Cina manakala bayi pasangan Cina pulak di beri kepada pasangan Melayu. Oleh kerana bayi ini hanya beberpa minit saja di lahirkan, warna kulit mereka serta matanya tak dapat di bezakan. Maka dengan gembirannya kedua2 pasangan ini membesarkan “anak” mereka sehinggalah mereka dewasa. Tidak pernah terlintas di hati mana2 pihak untuk mengatakan bahawa mereka telah bertukar anak.

30 Tahun Kemudian

Di takdirkan Allah juga pada suatu hari pasangan Cina ini berjalan di sebuah pasaraya di bandar yang sama. Sedang berjalan memilih barangan rumah tiba2 sang isteri terlihat seorang pemuda yang juga sedang mencari2 bahan makanan. Bagaikan ada sesuatu yang menarik hati sang isteri ini apabila melihat pemuda tersebut. Di renungnya lama2 muka pemuda di celah2 rak makanan di pasaraya itu tanpa di sedari oleh pemuda tersebut. Di bisikkannya kpd sang suami “eh, cuba awak tengok budak tu. Mukanya saling tak tumpah macam awak masa muda2 dulu”, katanya seakan berbisik2. “Ya lah. Sapa agaknya emak ayah budak ni”, sahut sang suami. Seolah2 macam ada satu panggilan, tanpa di sedari kaki sang isteri melangkah menuju ke arah pemuda tersebut. “Anak boleh Auntie tanya, anak duduk kat mana?” begitulah permulaan perbualan mereka sehingga akhirnya pasangan Cina ini di bawa berjumpa dgn keluarga si pemuda tersebut.

Di pendekkan cerita, berlakulah cerita mencerita antara dua pasangan ini sehingga akhirnya mereka sedar bahawa mereka sudah tertukar anak. Maka bercucuranlah airmata kedua2 pasangan ini bertemu dgn anak mereka yg sebenar selepas lebih 30 tahun.

Apa yang menariknya ialah anak Melayu yang di pelihara oleh pasanagn Cina itu kini sudah menjadi seorang usahawan yg berjaya sedangkan anak Cina yang di pelihara pasangan Melayu itu pulak menjadi penagih dadah !!!

Salah Siapa?

Nah, melihat kepada kesudahan kedua2 kanak2 tersebut, kita mungkin bertanya;

- Kenapa anak yg di didik oleh Melayu islam akhirnya jadi penagih dadah sedangkan hasil didikan orang Cina boleh jadi orang berjaya?

- Di mana silapnya ?

- Islam salah atau Melayu salah?

- Kalau Melayu salah, entang mana salahnya; pada budayanya ke? atau tibiatnya ke? atau makanannya ke? atau bahasanya ke?

- kalau nak kata pasangan Melayu tu tak faham islam, pasangan Cina tu lagi teruk.

- kalau nak kata pasangan Melayu tu tak menagamlkan islam, apatah lagi pasangan Cina tu

Peristiwa ini memberikan kita keismpulan bahawa memahami agam islam saja tidak cukup. Orang Melayu kena ubah tabiat.

- Tabiat malas,

- semua nak mudah tak mau susah2,

- tak teliti,

- mudah menyerah kalah,

- suka hiburan tapi tak mau kerja kuat,

- tak pandai rancang kewangan hidup

- dan tabiat2 negatif yang lain.

LENGGONG PERAK









Rabu, 20 Januari 2010

HARI KEPUTERAAN AHMAD SAUFY MOHD PAMI









Hari ini aku telah pun ditugaskan oleh Kerabat Ahmad Saufy untuk menangkap beberapa imej hari keputeraan beliau yang sebenarnya pada hari apae tah aku pun x igt tarikhn ya..yg aku tau pada hari semalam...aku berjaya menangkap beberapa suasana yang sangat meriah di dalam hutan lipur itu .....saksikanlah imej2 tersebut...

Selasa, 19 Januari 2010

PAKEJ PHOTOGROUP








Followers

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com