MENCARI REZEKI

Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan rezeki-rezeki ini kepada aku... semogamu YA ALLAH, permudahkanlah segala pekerjaan aku, berkatilah segala usaha aku dan lindungilah mereka-mereka ini yang telah meletakkan kepercayaan mereka ini terhadap aku. Kepada rakan-rakan yang memberi sokongan terhadap aku diharap kalian juga turut sukses3x dalam bidang ini semoga kita semua menjadi yang terbaik dalam segala jenis bidang....amin ...amin ...amin..."



At The Heart Of The Image

Khamis, 24 Jun 2010

Bateri paling penting

Berbeza dengan kamera SLR manual zaman filem, kamera digital amat bergantung kepada bateri. Ini kerana, hampir keseluruhan komponen dalam kamera digital dikawal oleh sistem elektronik yang merangkumi auto focusing, pembacaan meter dan pelepasan shutter. Tanpa bateri, kamera digital tidak boleh digunakan sama sekali.

Dengan bateri yang baru dicas, DSLR saya boleh mendapat antara 1,000 hingga 1,300 foto tanpa menggunakan flash. Jumlah yang berbeza ini bergantung kepada tempoh kamera dalam keadaan standby, kadar penggunaan autofocus dan paparan gambar yang baru sahaja dirakam. Saya mempunyai sebuah bateri simpanan yang saya bawa ke majlis penting dan juga ketika mengikuti ekspedisi ke kawasan hutan yang terpencil.

Pengetahuan tentang keupayaan bateri dan penjagaannya membolehkan kita sentiasa memiliki peratan dalam keadaan yang bersedia. Antara perkara yang paling melecehkan ialah apabila kamera kita kehabisan bateri ketika sedang rancak mengambil gambar. Bagi jurufoto profesional, ini sudah tentu mencabar imej dan menganggu daya tugas. Kehabisan kuasa bateri selalunya lebih teruk daripada kehabisan ruang simpanan dalam kad memori.

Kebanyakan DSLR menggunakan bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Bateri ini datang dengan bentuk dan sambungan yang tersendiri untuk jenama dan model tertentu. Biasanya bateri sebegini amat mahal tetapi mampu membekalkan cas yang banyak. Kelemahannya ialah jika berlaku kecemasan, anda perlu menggunakan bateri simpanan yang sama jenis atau tunggu sehingga bateri anda siap dicas.

Pentax adalah satu-satunya sistem DSLR yang membolehkan bateri saiz AA digunakan pada kameranya. Kebiasaannya pemilik Pentax menggunakan bateri rechargable seperti yang digunakan pada unit flash tetapi jika dalam keadaan terdesak, beliau boleh menggunakan bateri alkaline biasa yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Kelebihan ini lebih bermakna apabila anda terpaksa pergi ke kawasan yang tidak membolehkan anda mengecas bateri seperti hutan atau negara yang mempunyai sistem voltage berbeza.

Apabila bateri kamera semakin lemah, foto yang dihasilkan berkemungkinan kurang baik. Sistem autofocus akan lebih lembab dan noise akan kelihatan lebih jelas. Ini kerana cas bateri yang kurang menyebabkan motor autofocus tidak mendapat kuasa yang mencukupi. Pada unit pemprosesan imej pula, kuasa yang kurang menyebabkan proses menghasilan imej menjadi kurang berkesan.

Jika bateri anda sudah lemah tetapi anda perlu mengambil gambar yang penting, beberapa kaedah mudah boleh membantu anda mendapatkan beberapa frame ekstra:

1. Matikan sistem stabilizer.
2. Matikan sistem autofocus.
3. Matikan LCD maklumat dan live view.
4. Matikan sistem noise reduction dalam kamera.
5. Jangan guna built-in flash dan AF illuminator.

Yang lebih penting, pastikan anda mengecas bateri sebelum keluar dan bawa bekalan secukupnya kerana bateri adalah nyawa kamera anda.Huhuhu kalau tidak kelam kabut jadinya

0 ulasan:

Followers

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com