MENCARI REZEKI

Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan rezeki-rezeki ini kepada aku... semogamu YA ALLAH, permudahkanlah segala pekerjaan aku, berkatilah segala usaha aku dan lindungilah mereka-mereka ini yang telah meletakkan kepercayaan mereka ini terhadap aku. Kepada rakan-rakan yang memberi sokongan terhadap aku diharap kalian juga turut sukses3x dalam bidang ini semoga kita semua menjadi yang terbaik dalam segala jenis bidang....amin ...amin ...amin..."



At The Heart Of The Image

Jumaat, 20 Ogos 2010

RO3 (RULE OF THIRDS)

Asas komposisi dalam fotografi amat penting. Walaupun ianya nampak macam tak berapa canggih, tapi sedikit sebanyak boleh memberikan perbezaan kepada penampilan sesuatu imej fotografi.

1. Rule of Thirds

Salah satu asas yang utama dalam fotografi dan mana2 bentuk seni tampak. Jurufoto yang berpengalaman (bukan Camera man ok!), memang guna peraturan ni.. berdasarkan pengalaman saya, ia memberikan kesan yang baik dan foto nampak lebih menonjol berbanding biasa.

Cemana? Masa nak tangkap gambar dah tentu pasti subjeknya, bahagikan imej kepada sembilan bahagian. Contoh mcm dibawah..



Mata kita memang akan memfokuskan kepada setiap persimpangan garisan2 tegak dan melintang. Dalam contoh potret di atas, saya telah menyunting foto ini mengikut peraturan ini, yang mana titik fokus saya adalah matanya.. jika dilihat, seolah2 hampir ada pertentangan mata antara subjek dengan kita kan?

RO3 ni ialah peraturan yang telah di tetap kan atau di cadangkan di dalam fotografi dimana, ianya mencadangkan supaya kedudukan subjek korang atau daya tarikan utama di dalam gambar korang harus lah berada di dalam satu atau lebih pada titik yang bertindih . Titik yang bertindih itu terhasil daripada 2 garis tegak dan 2 garis melintang yang korang perlu bayangkan di dalam di dalam framing korang.
Perasan bagaimana 2 garis tegak dan melintang itu berada di dalam framing korang? Haaa… tu lah die RO3… Titik yang di maksudkan ialah, Titik di mana garis tersebut bertemu dan membentuk simpang empat. Hehehehe… bukan round about eh… :P

Jadi contohnya kalau korang nak ambil gambar boyfriend ke, girlfriend ke, bini ke, laki ke kan… pastu korang nak memuatkan sekali dengan pemandangan kat belakang korang tu kan. Jangan la letak diorg kat tengah-tengah frame. Letak la tepi sikit… cantik sikit gambar tu…

Lagi satu, kalu korang nak ambil gambar portrait lah kan… Seeloknye, korang compose gambar korang tu supaye bahagian mata subjek korang tu kena pada titik tu

0 ulasan:

Followers

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com