MENCARI REZEKI

Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan rezeki-rezeki ini kepada aku... semogamu YA ALLAH, permudahkanlah segala pekerjaan aku, berkatilah segala usaha aku dan lindungilah mereka-mereka ini yang telah meletakkan kepercayaan mereka ini terhadap aku. Kepada rakan-rakan yang memberi sokongan terhadap aku diharap kalian juga turut sukses3x dalam bidang ini semoga kita semua menjadi yang terbaik dalam segala jenis bidang....amin ...amin ...amin..."



At The Heart Of The Image

Khamis, 24 Jun 2010

Kamera untuk tutup malu

Kamera Untuk Tutup Malu

Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.

Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan
bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik,
anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.

Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi,
sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih
hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.

Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai
jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera.

2 ulasan:

yaya ASHRAF berkata...

sokong pendapat ni.
tuh sbb smpai skang masih teragak2 nak pakai dslr.
sbb kalau xde kreaktiviti serupa je pakai camera biase kan?

n agak jengkel dengan sesetengah org yg ke sana ke mari hanya utk menunjuk kan gadget canggih yg mereka ada.

bukan ada rasa dengki atau secebis cemburu d hati,
namun kalau mereka itu betol dr bidang ataupun mmg meminati bidang fotografi,itu tidak menjadi salah.
tp hakikatnya, hanya ingin mengikut peredaran semasa.

ZIZAM berkata...

sebab tu lah sekarang ramai masyarakat malaysia terutama sekali remaja banyak yang ke hulu ke hilir membawa kamera DSLR tanpa segan silu untuk menayangkan gadgetnya pada khalayak ramai.
jika di tanya tentang historical photography ada yang tidak dapat menjawabnya. tapi jika mereka yang mampu membeli DSLR seelok-eloknya mereka belajar lagi ilmu photography ini. kerana banyak perkara yang baru dalam dunia photography ini.

Followers

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com