Untuk rakam gambar silhouette, kecerahan subjek dan latarbelakang mestilah mempunyai perbezaan kecerahan sekitar 4 stop atau lebih. Ini bermaksud, subjek dan latarbelakang mesti mempunyai perbezaan kecerahan yang ketara. Kalau subjek dan background berada dalam kecerahan cahaya yang hampir sama, gambar silhouette tak akan dapat dihasilkan.
Expose gambar anda supaya subjek menjadi under expose 4 stop atau lebih. Exposure untuk background boleh jadi normal atau over expose, bergantung kepada situasi.
Gambar silhouette boleh dirakam dalam keadaan dimana subjek berada dalam tempat gelap manakala latarbelakangnya terang. Untuk cuba teknik ini, anda boleh rakam satu subjek di dalam rumah (di tepi tingkap) dengan latarbelakangnya adalah pemandangan luar rumah diwaktu siang yang panas. Anda pasti akan dapat hasilkan silhouette.
Jumaat, 25 Jun 2010
Memilih Lensa
“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” - Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima daripada kawan-kawan saya. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.
Berikut ini saya senaraikan beberapa jenis lensa (mengikut focal length berdasarkan crop factor 1.5X) berdasarkan kesesuaian merakam subjek tertentu.
1. Lensa sekitar 12mm–18mm sesuai untuk merakam gambar landscape atau architechture
2. Lensa sekitar 50mm–80mm sesuai untuk merakam gambar potret
3. Lensa macro sekitar 60mm-105mm sesuai untuk merakam gambar bunga atau serangga dari jarak dekat
4. Lensa sekitar 200–400mm sesuai untuk merakam foto sukan atau hidupan liar
Selain dari itu, anda perlu tetapkan berapakah bajet anda untuk membeli lensa yang anda perlukan. Jika ditanya apakah lensa apakah yang terbaik untuk dibeli, jawapan mudahnya tentulah lensa yang paling mahal adalah lensa yang paling berkualiti bagi setiap kategori lensa tertentu. Biasanya, lensa yang mahal adalah lensa yang berkebolehan memberikan bukaan aperture maksima yang besar seperti f/2.8. Lensa yang berkualiti juga biasanya ada kelebihan istimewa lain seperti VR atau IS bagi mengurangkan risiko gegaran pada foto. Jika anda tidak mampu atau rasakan kelebihan yang ditawarkan tidak begitu bermanfaat untuk anda, anda boleh beli lensa tanpa ciri-ciri ini dengan harga yang jauh lebih murah.
Sekiranya anda seorang beginners yang suka merakam subjek biasa yang ada di sekeliling anda, penggunaan kit lens sudah memadai. Anda tidak perlu terburu-buru untuk membeli lensa tambahan. Berikan sedikit masa untuk anda lihat kecenderungan anda di dalam fotografi. Selepas beberapa bulan dan setelah mengenal pasti bidang pengkhususan anda di dalam fotografi, barulah anda perlu beli lensa tambahan.
Ada orang yang lebih cenderung merakam foto potret, ada yang cenderung merakam foto pemandangan dan ada yang cenderung merakam foto objek mikro sahaja. Setelah mengenal pasti kecenderungan anda, sesuailah jika anda beli lensa berkualti (mahal) yang khusus untuk melakukan kerja mengikut kecenderungan anda. Dengan ini, pelaburan anda akan mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lensa yang dibeli digunakan sepenuhnya dan mampu membawa anda lebih jauh dalam penghasilan karya yang berkualiti.
Seseorang yang kerap merakam objek mikro misalnya perlu membeli lensa macro berkualiti tinggi yang berharga sekitar RM3,000. Manakala seseorang yang lebih minat merakam foto hidupan liar perlu membeli lensa bersesuaian yang berkualiti seperti lensa 300mm f/2.8 yang berharga sekitar RM18,000 jika dia mampu dan sanggup berbelanja.
Nasihat saya, sebelum membeli sebarang jenis lensa tambahan, buatlah pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan kawan-kawan. Adalah tidak wajar dari segi kewangan untuk membeli lensa baru sekadar untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk mengikut perkembangan teknologi atau sekadar ingin kelihatan setaraf dengan rakan-rakan lain. Sebelum membeli sesuatu lensa tambahan, pastikan gambar yang bagaimanakah yang ingin anda dapatkan dan pastikan samada lensa yang bakal anda beli itu betul-betul boleh memberikan apa yang anda harapkan. Pastikan juga anda akan menggunakan lensa yang dibeli itu ke tahap maksima. Anda tidak perlu beli lensa yang berkualiti tinggi jika anda jarang-jarang menggunakan lensa tersebut. Untuk lensa yang jarang digunakan, anda boleh beli lensa yang lebih murah, lensa terpakai atau pinjam sahaja dari rakan-rakan.
Menggunakan flash
Bila merakam foto menggunakan flash, biasanya hasil gambarnya akan kelihatan tidak natural. Saya selalu pesan kepada peserta kursus - kalau pakai flash, jangan bagi nampak macam pakai flash. Maksudnya, kita mesti kawal supaya cahaya flash tersebut nampak natural dan cantik. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang menarik, anda boleh mengikuti beberapa tips ini:
1) Jadikan flash sebagai fill-in sahaja, bukan sebagai main light. Secara mudahnya, gunakan ISO yang agak tinggi, aperture yang paling besar dan shutter speed yang paling perlahan untuk mendapatkan kesan flash yang natural dan teradun dengan cahaya semulajadi. Jika anda menggunakan kawalan TTL pada flash, anda boleh letakkan flash compensation pada -1, -2 dan sebagainya, untuk menjadikan flash anda sebagai fill-in sahaja.
2) Lembutkan cahaya flash dengan cara memantulkan (bounce) flash tersebut ke syiling atau ke dinding. Cuma pastikan sudut pantulan anda adalah betul dan menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Anda juga perlu ingat agar elakkan bounce kepada syiling atau permukaan yang terlalu tinggi atau berwarna gelap kerana kuasa flash anda tidak mampu memantulkan balik cahaya tersebut. Ini akan mengakibatkan flash anda jadi cepat panas, tempoh recycle bateri menjadi perlahan dan bateri cepat habis. Jika permukaan tersebut terlalu jauh atau terlalu gelap, gambar yang dihasilkan akan menjadi gelap (under exposed)
3) Untuk mengurangkan bayang yang dihasilkan oleh flash, anda boleh gunakan reflector untuk memantulkan kembali cahaya utama sekaligus mengurangkan bayang. Reflector adalah satu aksesori yang amat penting dan berguna untuk jurufoto perkahwinan atau jurufoto potret. Terdapat berbagai jenis reflector di pasaran, tetapi yang paling praktikal adalah reflector bernama TriGrip buatan Lastolite.
4) Anda juga boleh lembutkan cahaya flash dengan menggunakan diffuser dihadapan flash. Diffuser ini boleh dibuat dari sebarang objek yang lutcahaya. Setiap bahan akan memberikan kesan cahaya yang berlainan. Anda boleh gunakan kertas putih, kertas tisu atau plastik putih yang lutcahaya (seperti botol susu yang dibuat dari plastik) Untuk anda yang lebih serius, anda boleh gunakan aksesori seperti umbrella atau softbox. Antara jenama yang terkenal adalah Lumiquest dan Lastolite.
5) Untuk kesan yang lebih semualajadi, jangan pakai flash langsung jika keadaan mengizinkan. Anda perlu ada lensa dengan aperture yang besar seperti f/2.8 untuk tujuan ini. Anda juga mestilah boleh merakam foto dengan shutter yang perlahan seperti 1/8 saat serta ISO tinggi seperti ISO 800. Untuk merakam foto dengan shutter yang perlahan, anda perlu ada lensa VR atau IS. Atau anda boleh guna lensa biasa, tetapi perlu mempunyai tangan yang stabil.
6) Selain dari cahaya lembut, cahaya direct flash juga boleh menghasilkan foto yang menarik jika kena dengan subjeknya. Cahaya direct flash lebih kasar dan menghasilkan bayang yang ketara. Untuk menjadikan direct flash lebih menarik, anda perlu pancarkan flash anda secara off-camera (flash tidak berada di atas kamera) Anda perlu mempunyai TTL cord untuk tujuan ini. Anda boleh pancarkan flash dari sudut tepi kamera anda dan sebagainya. Dengan pancaran flash secara off-camera, foto anda tidak akan kelihatan seperti foto biasa dimana flash dipancarkan dari atas kamera.
Khamis, 24 Jun 2010
100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI
Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis
belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan
mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.
Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan
kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat
fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling
kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas
untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large
format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable
flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack
flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous
light seperti HMI Arri.
Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih
banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.
Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar
bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan
dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah
yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang
sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik…
hanya satu dalam sejuta.
Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa
kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya
sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang
diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita
sentiasa memperbaiki diri.
Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah
segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk
mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk
berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.
Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi
Aperture ???
Kenapa aperture diberi nama f/number?
Apa maksud f/number sebenarnya?
Apa maksud huruf “f”. Apa maksud “/”. Apa maksud “number”.
f/number merujuk kepada saiz bukaan aperture. Saiz bukaan aperture dinamakan dengan f/number seperti f/2.8, f/4, f/5.6 dan sebagainya.
f/number bermaksud:
Nombor focal length dibahagikan dengan nombor diameter bukaan aperture.
Contoh 1:
Focal length – 100 mm
Saiz sebenar diameter bukaan aperture - 12.5 mm
Aperture – f/8
( 100/12.5 = 8 )
Contoh 2:
Focal length – 50 mm
Saiz sebenar diameter bukaan aperture - 6.25 mm
Aperture – f/8
( 50/6.25 = 8 )
Jadi, kalau lihat pada 2 contoh di atas, kita dapat simpulkan bahawa, aperture f/8 adalah berbeza dari segi saiz diameter bukaan aperturenya pada 2 jenis lensa yang berbeza. Tetapi, ianya mempunyai nilai f/number yang sama iaitu f/8. Oleh kerana f/numbernya sama, ianya memberikan jumlah cahaya yang sama masuk melalui aperture, walaupun saiz diameter bukaan aperture adalah tidak sama.
Perlukah anda tahu perkara ni? Sebenarnya tidak wajib tahu. Tapi, kalau tahu, lagi bagus. Setiap kali kita ambil gambar, kita mesti akan guna aperture. Jadi, elok jugak kalau kita betul-betul faham pasal aperture. Saya biasanya tak ajar sedetail macam ni dalam kursus AFD. Saya cuma akan ajar perkara yang betul-betul penting dan praktikal. Tapi, kadang2 ada juga peserta yang bertanya pasal perkara teknikal macam ni. Jadi, saya kena jawablah
Kamera untuk tutup malu
Kamera Untuk Tutup Malu
Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.
Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.
Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.
Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan
bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik,
anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.
Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.
Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi,
sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih
hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.
Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai
jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera.
perbezaan back light dan rim light
Perbezaan Back Light & Rim Light
Konsep pergerakan cahaya adalah lurus. Ini bermakna cahaya bergerak dalam ruang secara lurus
Back Lighting
Back Lighting bermaksud apabila sumber cahaya ialah dari belakang subjek/belakang sisi subjek dan menghala ke arah kamera/jurukamera, dan sekiranya cahaya tersebut terlepas boleh menerjah masuk ke dalam lensa. Apabila terdapat unsur keadaan sekeliling seperti kabus, asap, atau debu, back lighting ini mampu menimbulkan kesan cahaya yang dramatic.
Rim Lighting
Bila cahaya datang daripada sudut tertentu (terutamanya dari belakang/backlight), ia akan mencetuskan highlight nipis (outline) pada bahagian tepi sekeliling tanpa jatuh ke permukaan hadapan subjek.
Side Lighting
Side lighting bermaksud cahaya datang daripada bahagian tepi subjek yang berhadapan dengan jurukamera. Kebiasaannya side lighting akan memberikan kita imej yang mempunyai kontras yang ketara, boleh juga menghasilkan kesan bayang subjek yang panjang.
Background dalam gambar
BACKGROUND DALAM GAMBAR
Baru baru ni saya berkesempatan untuk minum-minum bersama kawan-kawan photograher dari Kuching, Sarawak. Bagus sesi TT (The Tarik) mereka. Ada yang siap bawak gambar untuk sesi kritik. Antara sedikit yang ingin saya kongsikan di sini, bila ada yang bertanya, bagaimana dengan pemilihan BACKGROUND subjek?
Terlalu umum soalan itu. Jawapan saya juga mungkin sifatnya umum. Pemilihan latarbelakang subjek, terutamanya subjek manusia (potret), bergantung kepada untuk siapa gambar itu dirakamkan. Masih subjektif. Contohnya, untuk gambar yang bersifat kembara (travel) atau pelancongan (tourism), background haruslan jelas dan sharp sebolehnya, dan menunjukkan lokasi di mana subjek itu berada, seperti berlatarbelakangkan gunung kinabalu, atau air terjun dan sebagainya.
Background adalah aspek yang sangat penting dalam komposisi gambar, yang mungkin kita abaikan selama ini. Pada pendapat saya, background adalah bersifat supportive, harus membantu subjek, membantu penceritaan gambar kita. Ingat, sifat elemen lain dalam gambar kita selain subjek adalah sebagai supportive subjek, bukan sebagai distractive elemen.
Dalam ruangan lain kita mungkin boleh perbincangkan, bagaimana nak menjadikan elemen background itu sebagai supportive, dan bagaimana nak eliminate background berdasarkan situasi dan peralatan yang kita ada.
Bateri paling penting
Berbeza dengan kamera SLR manual zaman filem, kamera digital amat bergantung kepada bateri. Ini kerana, hampir keseluruhan komponen dalam kamera digital dikawal oleh sistem elektronik yang merangkumi auto focusing, pembacaan meter dan pelepasan shutter. Tanpa bateri, kamera digital tidak boleh digunakan sama sekali.
Dengan bateri yang baru dicas, DSLR saya boleh mendapat antara 1,000 hingga 1,300 foto tanpa menggunakan flash. Jumlah yang berbeza ini bergantung kepada tempoh kamera dalam keadaan standby, kadar penggunaan autofocus dan paparan gambar yang baru sahaja dirakam. Saya mempunyai sebuah bateri simpanan yang saya bawa ke majlis penting dan juga ketika mengikuti ekspedisi ke kawasan hutan yang terpencil.
Pengetahuan tentang keupayaan bateri dan penjagaannya membolehkan kita sentiasa memiliki peratan dalam keadaan yang bersedia. Antara perkara yang paling melecehkan ialah apabila kamera kita kehabisan bateri ketika sedang rancak mengambil gambar. Bagi jurufoto profesional, ini sudah tentu mencabar imej dan menganggu daya tugas. Kehabisan kuasa bateri selalunya lebih teruk daripada kehabisan ruang simpanan dalam kad memori.
Kebanyakan DSLR menggunakan bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Bateri ini datang dengan bentuk dan sambungan yang tersendiri untuk jenama dan model tertentu. Biasanya bateri sebegini amat mahal tetapi mampu membekalkan cas yang banyak. Kelemahannya ialah jika berlaku kecemasan, anda perlu menggunakan bateri simpanan yang sama jenis atau tunggu sehingga bateri anda siap dicas.
Pentax adalah satu-satunya sistem DSLR yang membolehkan bateri saiz AA digunakan pada kameranya. Kebiasaannya pemilik Pentax menggunakan bateri rechargable seperti yang digunakan pada unit flash tetapi jika dalam keadaan terdesak, beliau boleh menggunakan bateri alkaline biasa yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Kelebihan ini lebih bermakna apabila anda terpaksa pergi ke kawasan yang tidak membolehkan anda mengecas bateri seperti hutan atau negara yang mempunyai sistem voltage berbeza.
Apabila bateri kamera semakin lemah, foto yang dihasilkan berkemungkinan kurang baik. Sistem autofocus akan lebih lembab dan noise akan kelihatan lebih jelas. Ini kerana cas bateri yang kurang menyebabkan motor autofocus tidak mendapat kuasa yang mencukupi. Pada unit pemprosesan imej pula, kuasa yang kurang menyebabkan proses menghasilan imej menjadi kurang berkesan.
Jika bateri anda sudah lemah tetapi anda perlu mengambil gambar yang penting, beberapa kaedah mudah boleh membantu anda mendapatkan beberapa frame ekstra:
1. Matikan sistem stabilizer.
2. Matikan sistem autofocus.
3. Matikan LCD maklumat dan live view.
4. Matikan sistem noise reduction dalam kamera.
5. Jangan guna built-in flash dan AF illuminator.
Yang lebih penting, pastikan anda mengecas bateri sebelum keluar dan bawa bekalan secukupnya kerana bateri adalah nyawa kamera anda.Huhuhu kalau tidak kelam kabut jadinya
CARA MENGGUNAKAN SPEEDLITE
Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.
Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknik ceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.
Kebebasan untuk mengawal cahaya menggunakan portable flash adakalanya digunakan dengan cara yang kurang wajar. Ada beberapa hasil karya yang saya lihat menonjolkan penggunaan portable flash yang kurang efektif sehingga mencacatkan gambar. Flash seharusnya membantu pencahayaan agar foto dapat dirakam dengan dedahan yang betul, tetapi bukti penggunaan flash harus diminimakan agar foto kelihatan lebih natural. Beberapa perkara boleh membantu agar kesan penggunaan flash kurang kelihatan. Disini ada sedikit tips untuk tatapan.
1. Gunakan diffuser atau teknik bounce. Flash yang dihalakan terus ke arah subjek tanpa diffuser akan melihatkan kesan silau. Hati-hati dengan warna permukaan yang digunakan untuk bounce.
2. Jarakkan subjek dengan sebarang objek rata seperti dinding di belakangnya. Penggunaan flash mudah menghasilkan bayang-bayang. Ini boleh dielakkan dengan mudah hanya dengan mengubah kedudukan anda agar latar belakang tidak menghasilkan bayang-bayang.
3. Walaupun penggunaan diffuser dan pantulan boleh melembutkan cahaya, kesan silau masih boleh dihasilkan jika subjek mempunyai elemen yang memantulkan cahaya. Baju putih, rim kacamata dan kepala tali pinggang besi boleh menghasilkan kesan silau. Mungkin anda ingin membuat tight crop agar objek bersinar tidak mengganggu foto tersebut.
4. Peluh menghasilkan kesan berkilauan dan selalunya kita hanya perasan apabila imej dipaparkan di skrin komputer. Elok juga jika kita periksa jika subjek berpeluh dan hulurkan tisu.
5. Ada juga punya silau yang disebabkan oleh latar belakang. Perhatikan jika terdapat kaca, cermin atau permukaan yang boleh menyebabkan pantulan.
6. Jika subjek terlalu jauh dari latar belakang, kita akan mendapat foto yang mana latar belakang adalah gelap. Gunaka ceiling bounce untuk menerangkan kawasan di belakang dan shutter yang perlahan beserta ISO tinggi.
7. Ada sesetengah manusia yang wajahnya bersegi dan mudah menampakkan kesan flash. Gunakan teknik bounce ke tepi agar mendapat side lighting.
Rabu, 23 Jun 2010
Kenapakah anda perlu membayar jurugambar
UNTUK APAKAH ANDA MEMBAYAR JURUGAMBAR ANDA
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
Tips untuk membeli kamera digital
Tips Membeli Kamera Digital
Artikel Oleh: Ijam
Adakah anda ingin membeli kamera digital anda yang pertama untuk diri sendiri?
Saya pasti tentu anda semua agak keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai kerana terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beratus ringgit!
Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk membeli kamera digital. Saya harap ia dapat membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai untuk anda. Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang anda perlu pertimbangkan ialah:
Jangka hayat bateri/sel
Ini adalah faktor utama yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya dapati harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring. Banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk beroperasi. Pertimbangkan samada anda perlukan kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang panjang atau pendek.
Megapixel
Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh dirakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel ialah dari 4 megapixel hingga 16 megapixel. Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda perlukan? Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda memerlukan 5 megapixel dan lebih. (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin cetak).
Lensa Zoom
Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan mereka; jadi berhati- hatilah semasa memilih!
Kawalan dedahan cahaya
Kebolehan mengawal ‘exposure’ seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar! Pengguna yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual.
Kawalan Pengguna
Jika anda mencari kamera jenis ‘point-and-shoot’ (p&s), pastikan anda mencari kamera yang mudah digunakan. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dikawal. Adalah penting kita mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli - cuba dengan butang-butang kawalan pada kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.
Kesimpulan
Akhir sekali saya berharap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kamera digital. Pada pandangan saya, jika anda masih baru dalam fotografi digital, tidak semestinya anda membeli kamera digital SLR yang tercanggih dipasaran! Bermula dengan kamera yang murah adalah lebih baik.
Belajar, berlatih dan tingkatkan kemahiran fotografi anda terlebih dahulu. Jika anda sudah mahir, barulah ‘upgrade’ ke kamera yang lebih canggih!
Selasa, 22 Jun 2010
Pakej Fotografi bagi sesi konvokesyen
Pakej A = RM 45.00
11x14(11R) 1 keping
8x10 (8R) 1 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy 1 keping
pakej B = RM 60.00
Pakej Kalis Air
11x14(11R) 1 keping
8x10 (8R) 1 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy CD 1 keping
pakej C = RM 130.00
Pakej Kalis Air
11x14(11R) 1 keping
8x10 (8R) 1 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy CD 1 keping
percuma bingkai gambar 11R dan 8R
touch up muka
wording atau text di bahagian bawah gambar
pakej D = RM 160.00
Pakej Kalis Air
11x14(11R) 2 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy 1 keping
percuma 2 bingkai gambar 11R
touch up muka
wording atau text di bahagian bawah gambar
untuk pakej A dan B jikalau ingin tambah wording hanya perlu tambah RM 10.00