Pengenalan
Rakaman gambar infrared merupakan satu kaedah merakamkan gambar yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera dan filter IR yang mana filter IR tersebut dapat merakamkan radiasi cahaya IR (un-visible light) yang dihasilkan pada panjang gelombang tertentu dibaca dalam skala nanometre (nm).
Satu nanometre (nm) bersamaan dengan satu ribu juta meter. Cahaya spectrum yang muncul - cahaya yang kita nampak - bermula dari violet (400nm) kepada merah kecil (650nm), yang lebih dari 700-1200nm, ialah warna merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar..
Ini digelar "infrared radiation". Spektrum warna inilah yang akan dapat di rakam menggunakan filter IR. Ianya akan menghasilkan warna dan kesan warna luar biasa pada gambar yang dirakam.
White Balance
Salah satu faktor penting dalam menghasilkan gambar IR adalah penggunaan WHITE BALANCE (WB) yang betul. WB yang perlu digunakan ketika mengambil gambar IR adalah PRESET (Nikon) dan CUSTOM (Canon).
Penggunaan WB auto dan yang lain-lain akan menghasilkan output gambar IR yang tidak sepatutnya. Bagi membuat preset WB, Filter IR mestilah terlebih dahulu dipasang di permukaan lensa kamera.
Bagi pengguna Nikon, untuk preset white balance, klik butang WB dan pilih WB preset (ditanda dengan perkataan PRE).
Tekan butang WB sehingga perkataan PRE berkelip-kelip.
Bagi pengguna Canon, anda perlu shoot subjek dan gunakan subjek terbabit sebagai custom WB.
Dengan keadaan filter IR terpasang kita boleh preset WB.
Ada beberapa benda yang boleh di gunakan yang mana setiap preset akan menghasilkan tone warna yang berbeza.antara subjek yang boleh digunakan adalah;
1. Kertas Putih
2. Rumput Hijau
3. Langit Biru
Bagi rumput boleh “try n error” preset rumput yang terdedah dengan cahaya mahatari dan rumput yang terlindung dengan cahaya matahari.keduanya akan hasilkan sedikit perbezaan tone warna.
Boleh gunakan mode A,P,S atau M. ISO200 sudah mencukupi.kalau mode A,P,S agak-agak susah nak dapat GOOD maka perlukan gunakan mode M.
Untuk memudahkan kita dapat GOOD result, settingnya bergantung kepada keadaan cuaca semasa itu.
Tip preset WB
Pada kedudukan bagi mendapatkan preset white balance dengan betul anda boleh set iso,aparture dan shutter speed pada setting yang difikirkan sesuai dan cuba rakam/’shot’ objek seperti rumput.
Jika ada kelihatan objek tersebut maka anda boleh gunakan setting tersebut untuk preset white balance.
Jika selepas shot tiada sebarang objek kelihatan (screen gelap), sila tukar ISO ataupun shutter speed.
Tip Merakam Gambar IR
1. Rakaman di buat pada keadaan cuaca cerah,lebih hebat dengan langit biru dan awan berkepul-kepul jika hendak rakamkan gambar landscape.namun begitu bagi cuaca yang kurang cerah atau ghairah boleh juga nak rakam tapi outputnya tidakan sebagus mana.mungkin juga tone-tone warna radiasi IR dari cahaya matahari yang berkurangan di sekeliling untuk di serap masuk melalui filter ir.
2. Gunakan format RAW untuk proses workflow yang lebih bagus.Jika hendak merakamkan dengan format jpeg pun boleh juga.tiada masalah.
3. Gunakan aparture yang bersesuaian dgn keadaan/cuaca (kena try n error) di cadangkan pada skala 5.6
4. Gunakan ISO paling rendah yang boleh yang ada di kamera anda seperti 100 atau 200.Ini kerana jikakalau tinggi sangat, jadi sangat sensitif.Bahagian gambar yang kuat cahaya akan jadi kehijauan.Di cadangkan supaya tidak menggunakan ISO lebih daripada 400.
5. Bagi shutterspeed boleh mulakan pada skali 1 saat ke atas. (try n error)
6. Gunakan komposisi exposure yang bersesuaian dengan keadaan/cuaca.biasanya +1 (try n error)
7. Penggunaan filter Hoya R72 akan membuatkan metering kamera "totally blind". Maksudnya kita tak dapat nak guna metering dalam camera utk tentukan exposure nye. Jadi kena “try n error”
8. Perhatikan keadaan sekeliling sebelum merakam/shot supaya dapat menghasilkan komposisi gambar yang baik dengan kata lain mata mahu cergas dan tajam.
9. Oleh kerana merakamkan gambar ir memerlukan dedahan yang lama (bergantung kepada keadaan) maka kalau nak rakam objek bergerak agak sukar bagi mendapatkan 'sharp' .terutama perlu di ingat terutamanya daun-daun pokok yang di tiup angin dan sebagainya. Apapun boleh cuba pada aparture 2.8 dan shutter 1/15.
“Kalau angin kencang sangat, bungkus barang-barang dan balik rumah atau pergi TT. Datang lain kali dan cuba lagi.” - Dr.Malek
10. Walaupun filter ir itu gelap gelita namun tidak digalakan rakaman dibuat secara lansung ke arah matahari.
11. Wajib menggunakan TRIPOD
IR Workflow/ Post Processing
Gambar-gambar IR yang dirakam boleh dibuat olahan digital menggunakan photoshop untuk kita menghasilkan gambar IR dalam pelbagai warna menarik mengikut kehendak seseorang photographer.
Apapun ada yang suka melihat warna asal tanpa sebarang olahan dan sebaliknya.
Untuk proses olahan sila ikut langkah-langkah di bawah ini :
Buka Program PHOTOSHOP di PC anda/abah anda
1. Klik menu image.
1.1 - image - adjustment - auto level
(kalo rajin boleh ambil level je dah set sendiri tahap level dia)
1.2 - image - adjustment - channel mixer (ini di pangil swap channel) :
- mula-mula ambil untuk RED CHANNEL , setkan RED 0 dan BLUE 100
- kemudian tukar BLUE CHANNEL , setkan RED 100 dan BLUE 0
- klik OK
1.3 - boleh ubah hue/saturation kalau perlu
(image - adjustment - hue/saturation)
1.4 - untuk buat dalam bentuk “black and white”, klik “Monochrome” di channel mixer dan tak perlu swap channel.pergi ke image - adjustment – level untuk tentukan kadar kegelapan dan kecerahan gambar anda.
Selamat merakamkan gambar IR.
Hakcipta Terpelihara.
Fotomedia Malaysia Digital Community © 2007-2009
How to Password Protect a Folder on Mac
4 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan