MENCARI REZEKI

Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan rezeki-rezeki ini kepada aku... semogamu YA ALLAH, permudahkanlah segala pekerjaan aku, berkatilah segala usaha aku dan lindungilah mereka-mereka ini yang telah meletakkan kepercayaan mereka ini terhadap aku. Kepada rakan-rakan yang memberi sokongan terhadap aku diharap kalian juga turut sukses3x dalam bidang ini semoga kita semua menjadi yang terbaik dalam segala jenis bidang....amin ...amin ...amin..."



At The Heart Of The Image

Rabu, 23 Jun 2010

Tips untuk membeli kamera digital

Tips Membeli Kamera Digital

Artikel Oleh: Ijam

Adakah anda ingin membeli kamera digital anda yang pertama untuk diri sendiri?
Saya pasti tentu anda semua agak keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai kerana terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beratus ringgit!

Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk membeli kamera digital. Saya harap ia dapat membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai untuk anda. Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang anda perlu pertimbangkan ialah:

Jangka hayat bateri/sel
Ini adalah faktor utama yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya dapati harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring. Banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk beroperasi. Pertimbangkan samada anda perlukan kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang panjang atau pendek.

Megapixel
Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh dirakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel ialah dari 4 megapixel hingga 16 megapixel. Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda perlukan? Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda memerlukan 5 megapixel dan lebih. (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin cetak).

Lensa Zoom
Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan mereka; jadi berhati- hatilah semasa memilih!

Kawalan dedahan cahaya
Kebolehan mengawal ‘exposure’ seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar! Pengguna yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual.

Kawalan Pengguna
Jika anda mencari kamera jenis ‘point-and-shoot’ (p&s), pastikan anda mencari kamera yang mudah digunakan. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dikawal. Adalah penting kita mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli - cuba dengan butang-butang kawalan pada kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.

Kesimpulan
Akhir sekali saya berharap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kamera digital. Pada pandangan saya, jika anda masih baru dalam fotografi digital, tidak semestinya anda membeli kamera digital SLR yang tercanggih dipasaran! Bermula dengan kamera yang murah adalah lebih baik.
Belajar, berlatih dan tingkatkan kemahiran fotografi anda terlebih dahulu. Jika anda sudah mahir, barulah ‘upgrade’ ke kamera yang lebih canggih!

Selasa, 22 Jun 2010

Pakej Fotografi bagi sesi konvokesyen










Pakej A = RM 45.00
11x14(11R) 1 keping
8x10 (8R) 1 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy 1 keping

pakej B = RM 60.00
Pakej Kalis Air
11x14(11R) 1 keping
8x10 (8R) 1 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy CD 1 keping

pakej C = RM 130.00
Pakej Kalis Air
11x14(11R) 1 keping
8x10 (8R) 1 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy CD 1 keping
percuma bingkai gambar 11R dan 8R
touch up muka
wording atau text di bahagian bawah gambar

pakej D = RM 160.00
Pakej Kalis Air
11x14(11R) 2 keping
4x6 (4R) 2 keping
softcopy 1 keping
percuma 2 bingkai gambar 11R
touch up muka
wording atau text di bahagian bawah gambar

untuk pakej A dan B jikalau ingin tambah wording hanya perlu tambah RM 10.00

Selasa, 4 Mei 2010

MAJOR DEGREE











Ini adalah imej2 yang telah dihasilkan untuk final degree berkenaan dengan global warming ini masih lagi ada kecacatan editing yang belum lagi di sempurnakan semoga masa yang ada ini dapat aku gunakan sepenuhnya supaya sempat untuk aku memperbaiki mutu editing aku yang x seberapa ini....nak mampus aku siapkan gambar2 neh huhuhu teruk r macam budak2 punya gambar jer aku tengok neh..huhuhu tolong lah harap2 aku lepas final neh ...

Ahad, 11 April 2010

TAKDE MASE NAK UPDATE BELOG

MINTAK MAAF KERANA SUDAH LAMA TIDAK MENGUPDATE BELOG...DISINI INGIN AKU MENGUTARAKAN KENAPA TIDAK UPDATE 1ST OF ALL, BIASALAH DUDUK RUMAH BUJANG NAK DEKAT LAST2 SEM NEH DUET SUME DAH POKAI JADI X DAPAT NAK BAYAR BIL WAKAKAKA 2 BULAN TUNGGAK BEB...SECOND AKU SEKANG SEDANG SEBUK DENGAN FINAL WORK AKU YANG X SIAP LAGI JADI BILA ADA INTERNET KAT UMAH AKU JADI MALAS NAK KUAR HUHUHU MEN INTENET JER..PASTU DENGAN THESIS AKU PERGHHH GILE X SIAP2 LAGI BESOK LAST DATELINE HANTAR ..SEKANG NEH AKU SEDANG BERADA DI CC BAWAH UMAH AKU...CR BAHAN TUK MY THESIS WAKAKAKA...KEJE COPY PASTE JER TAU...SUSAH GAK BILA XDE INTERNET X SABA NAK HABIS KAN DEGREE AKU NEH PASNEH BALIK UMAH MEN INTENET KAT UMAH JER HAHAHA....TP X KAN NK DUDUK UMAH JE KAN MESTI LAH NK KENE CARI KEJE PUYLAK PASTU ADUYAIIIII....

Rabu, 17 Mac 2010

ICITIY SHAH ALAM












huhuhu bosan nak update entry yg kali neh cukup payah sudah makan 3 hari dah tp x dapat nk load kesemua gambar bengang toll..marah terhadap rangkaian jalur lebar P1W1max huhuhu lembap betulll....tunggu ea gambar2 seterusnya..will be coming soon..

hahahah dah boleh pun aku load gambar2 kat icity neh..rase nye nak dkt seminggu aku nk load x dapat2 kunyit tol P1 neh huh!...

Ahad, 14 Mac 2010

TERACHI DAN BLUE LAGOON










Akhirnya ada jugak lah gambar yang aku nak letak dalam entry kali neh...huhuhu bosan gak xde buat ape kat blog sendiri asyik baca blog org lain jadi bila ada peluang balik PD jer aku pun amek lah gambar2 yang ada kat N.9 neh tp yg peliknya aku duk kat PD tp gambar neh aku amek kat Terachi,Kuala Pilah...jeng3 tempat sendiri malas nak shooting tempat orang lain rajin aku amek gambar...nak tau neh rumah saper hehehe teka r...harap orang yang tengok dan baca blog neh komen2 lah sikit kampung dia neh wakakaka.....gambar2 neh aku try buat polar panorama yang macam member seangkatan ku Amad, membuat teknik sebegini untuk final degree nya. pada mulanya aku igt senang shoot panorama pastu jadi kan polar pulak rupanya2 susah gak bila nk sticthing bahagian ujung2 dengan yang ujung jenuh aku memikirkan..oleh kerana aku malas jadi aku buat lah kerja malas (malas nak edit bahagian stitch tu) jadi neh lah hasil2nya 3 keping jer polar panorama yang lain cuma gambar landskap di Terachi neh...Aku pelik n9 ade sawah???

Ahad, 28 Februari 2010

AQUARIA







Wekekekek kok!!! Gambar kali ini adalah bertemakan kehidupan di dalam air..lokasi nyer bertempat di KLCC pada hari jumaat lepas abes je sembahyang jumaat aku terus cergas pergi ke lokasi tersebut...kali nie punya jalan2 aku g sorang2 jer huhuhu terasa diri seperti orang yang sangat2 dewasa...huhuhu..penat campur pening jawapannya aku sakit kaki dah badan pada keesokan pagin yer...sesiapa yg berminat nk msuk aquaria hanya perlu membawa wang sebanyak rm 28 (tunjuk mykad), kalau nk bayar rm 25 pun boleh tp kene bawak lah student card...dengan berbekalkan keazaman yang kuat dengan memikirkan peluh keringat yang sudah membasahi baju ku (padahal hujan sebelum nk masuk klcc) ngan kasut basah lagi....tetapi aku berjaya membawa pulang beberapa keping gambar ajewww..gambar x cantik sebab aku punyer ISO camera x besh..gambar bintik2 bosannyerrrr (mcm tuuutttt) tapi bolelah aku edit tok buat assgmnt aku nanti...first time aku g jalan2 sorang2 neh hebatkan aku hehehe...kat dalam aquaria tu semua jenis umat ada, menyusahkan aku jer nak amek gambar huh!!tp aku buat kerassssssssss jer amek gambar pedulik ape aku...jalan punya jalan punya jalan tetibe jer dah habes terowong aquaria tuh..tiottt jer aku bayar 28 ringgit meleysia tp kjap jer aku ape lagi patah balik (undo) huhuhu..buat muka x malu jer pergi dari start masuk tu pastu jalan2 lagi wakakaka...jadi korang tgk lah gambar2 neh..aku nk upload laghi tp masa x mengizinkan sebab aku kene edit tok preview aku huhuhu leteyyy....

Followers

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com