




Hehehe..aku dah sampai Shah Alam dah pun..macam nak mampus naik kete seperti menunggang seekor kuda dari pr ke shah alam...kali nie aku upload sedikit gambar kak fifi ngan abang wan semasa sesi out door ..sesi nih dekat2 ngan umah je...memandang kan abg wan nk matahari terbenam jd bawak lah dorang pergi ke pantai..tapi malang nya matahari telah pun di selimuti dengan awan...so xde lah matahari terbenam..yang ada kaler2 oren jingga je..okay papehal tens kepada member2 crew yang sanggup menolong aku dari mula wedding hingga ke penghujung..sepesel tens kepada Zul@Li, Hapis merangkap kepada adek Kak Fifi, dan gadisku huhuhu Mia...
Ahad, 14 Februari 2010
OUTDOOR KAK FIFI
Sabtu, 13 Februari 2010
NIKAH KAK FIFI
huhuhu dah lama aku tidak membeloger kan agak diriku terhadap belog ku ini..oleh kerana aku mempunyai kesempatan bermain internet di rumah walaupun menggunakan talian dial up tetapi ianya lebih lancar dan laju dan pantas dari POTONG aku di rumah sewa ku....kali ini aku nk aploat gambar kak fifi yang merangkap kepada kawan aku punya kakak...Mula-mula jumpe jer akak neh aku dah ditanyakan soalan "eh nape awek ko lain ea dulu kecik je dah besar ea" tiot punya kak fifi..aku pun merungkaikan perkara yang sebenar hehehe...tepat pukul 8 suku tadi selesai sudah penggambaran perkahwinan Kak Fifi..letih x ingat aku hari ini..kak fifi neh suke bergambar tapi yang spoil nye laki dia oooppsss sori abg wan hehehe...abg wan neh selalu plesing muka tapi x nak senyum puas aku suh senyum yang asyik senyum lebih kak fifi hishh siot je dia neh...walaupun kak fifi neh mulutnya suka bercakap seterit to depoint aku cukup senang buat kerja dengan dia...suke bercakap perkara yang bukan termasuk lah perkara-perkara tok orang yang dah berkahwin kurennng tolll akak neh...tapi last2 sekali untuk shot last sekali kedua2 mempelai neh dah lemau dek menunggu sunset yang x muncul tiba...korang tengok lah gambar yang aku sempat upload neh...aku load yg ni je dulu nanti de mase aku upload lagi ...okiesssss
Selasa, 26 Januari 2010
FOGGING DI PUSAT KOMERSIAL







Pada petang yang indah ini sedang aku lena di ulit mimpi aku telah dikejutkan dengan suara orang yang menggunakan pembesar suara sambil menyuruh penduduk di pusat komersial bergegas keluar dari rumah kerana pihak hendak melakukan proses penyemburan nyah nyamuk (fogging). Aku pun merupakan salah seorang warga pusat komersial turut terkena tempias fogging tersebut. Aku yang baru bangun dari tidor terus bangun dan membawa keluar kamera ku ini. Tak banyak gambar yang aku amek pun cuma saje suke2 shoot di waktu petang yang indah..
Isnin, 25 Januari 2010
Muhasabah Utk Orang Melayu
Ceritanya bermula pada lebih 30 tahun dahulu di sebuah bandar di negara ini. Terdapat masa itu dua pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak mereka. Satu pasangan adalah berketurunan Cina dan menganut ugama lain dan sepasang lagi adalah pasangan orang Melayu yang berugama islam. Entah macamana di takdirkan Allah kedua2 pasangan ini merujuk kepada hospital yang sama.
Setelah tiba masa yang di nanti-nantikan maka pasangan Melayu ini bergegas ke hospital untuk malhirkan anak. Sekali lagi mereka terkejut apabila mendapati pasangan Cina tadi juga sedang menanti saat2 kalahiran anak mereka. Memang Allah maha kaya, kedua2 ibu ini telah melahirkan anak dalam waktu yang sama. Setelah lahir kedua2 anak ini kemudian di bawa oelh jururawat ke tempat salinan utk di bersihkan sebelum di serahkan kepada ibubapa mereka. Maka di sinilah bermulanya kisah yang unik ini.
Tanpa di sedari oleh kedua2 ibubapa dan juga doktor, jururawat berkenaan telah tertukar milik. Yang bayi pasangan Melayu di beri kepada pasangan Cina manakala bayi pasangan Cina pulak di beri kepada pasangan Melayu. Oleh kerana bayi ini hanya beberpa minit saja di lahirkan, warna kulit mereka serta matanya tak dapat di bezakan. Maka dengan gembirannya kedua2 pasangan ini membesarkan “anak” mereka sehinggalah mereka dewasa. Tidak pernah terlintas di hati mana2 pihak untuk mengatakan bahawa mereka telah bertukar anak.
30 Tahun Kemudian
Di takdirkan Allah juga pada suatu hari pasangan Cina ini berjalan di sebuah pasaraya di bandar yang sama. Sedang berjalan memilih barangan rumah tiba2 sang isteri terlihat seorang pemuda yang juga sedang mencari2 bahan makanan. Bagaikan ada sesuatu yang menarik hati sang isteri ini apabila melihat pemuda tersebut. Di renungnya lama2 muka pemuda di celah2 rak makanan di pasaraya itu tanpa di sedari oleh pemuda tersebut. Di bisikkannya kpd sang suami “eh, cuba awak tengok budak tu. Mukanya saling tak tumpah macam awak masa muda2 dulu”, katanya seakan berbisik2. “Ya lah. Sapa agaknya emak ayah budak ni”, sahut sang suami. Seolah2 macam ada satu panggilan, tanpa di sedari kaki sang isteri melangkah menuju ke arah pemuda tersebut. “Anak boleh Auntie tanya, anak duduk kat mana?” begitulah permulaan perbualan mereka sehingga akhirnya pasangan Cina ini di bawa berjumpa dgn keluarga si pemuda tersebut.
Di pendekkan cerita, berlakulah cerita mencerita antara dua pasangan ini sehingga akhirnya mereka sedar bahawa mereka sudah tertukar anak. Maka bercucuranlah airmata kedua2 pasangan ini bertemu dgn anak mereka yg sebenar selepas lebih 30 tahun.
Apa yang menariknya ialah anak Melayu yang di pelihara oleh pasanagn Cina itu kini sudah menjadi seorang usahawan yg berjaya sedangkan anak Cina yang di pelihara pasangan Melayu itu pulak menjadi penagih dadah !!!
Salah Siapa?
Nah, melihat kepada kesudahan kedua2 kanak2 tersebut, kita mungkin bertanya;
- Kenapa anak yg di didik oleh Melayu islam akhirnya jadi penagih dadah sedangkan hasil didikan orang Cina boleh jadi orang berjaya?
- Di mana silapnya ?
- Islam salah atau Melayu salah?
- Kalau Melayu salah, entang mana salahnya; pada budayanya ke? atau tibiatnya ke? atau makanannya ke? atau bahasanya ke?
- kalau nak kata pasangan Melayu tu tak faham islam, pasangan Cina tu lagi teruk.
- kalau nak kata pasangan Melayu tu tak menagamlkan islam, apatah lagi pasangan Cina tu
Peristiwa ini memberikan kita keismpulan bahawa memahami agam islam saja tidak cukup. Orang Melayu kena ubah tabiat.
- Tabiat malas,
- semua nak mudah tak mau susah2,
- tak teliti,
- mudah menyerah kalah,
- suka hiburan tapi tak mau kerja kuat,
- tak pandai rancang kewangan hidup
- dan tabiat2 negatif yang lain.
Rabu, 20 Januari 2010
HARI KEPUTERAAN AHMAD SAUFY MOHD PAMI








Hari ini aku telah pun ditugaskan oleh Kerabat Ahmad Saufy untuk menangkap beberapa imej hari keputeraan beliau yang sebenarnya pada hari apae tah aku pun x igt tarikhn ya..yg aku tau pada hari semalam...aku berjaya menangkap beberapa suasana yang sangat meriah di dalam hutan lipur itu .....saksikanlah imej2 tersebut...
















