Khamis, 24 Mac 2011
Isnin, 21 Februari 2011
Isnin, 24 Januari 2011
Khamis, 13 Januari 2011
WEDDING MUAR
HEHEHE....mintak kepada makcik dan pakcik ku wink2x album custom anda dalam pembikinan...terlalu sibuk dengan wedding2 customer lain huhuhu..tapi saya curi masa sikit tuk siap kan album cik nani sebelum buat album2 yang lain yer..diharap cik nani x de la marah2 saya yer hehehe...ini tuk cover album custom cik nani wink2x
Rabu, 12 Januari 2011
FERRARI + HASSELBLAD
Hasselblad dan Ferrari telah pun bergabung tenaga menciptakan kamera digital format medium eksklusif yang hanya mempunyai 500 unit. Hasselblad H4D Ferrari diciptakan khas untuk juru-jurugambar yang menginginkan inovasi kualiti dan reka bentuk yang hebat. merek tersebut.
Reka bentuk kamera ini menjadi lebih ekslusif dengan warna mera "Rosso Fuoco" khas Ferrari dan logo kemegahannya kuda berdiri hihihi. Sebuah kotak buatan tangan dengan penutup kaca yang berlambang Ferrari terdiri dari dua lapisan. Satu part untuk badan kamera dan satu lagi part pada bawah untuk lensa 80 mm dan kelengkapan kamera lainnya.
Harganya belum lagi diumumkan sesiapa yang nek beli boleh order kat saya hehehe gurau sokmo:)
FENOMENA DEMAM FOTOGRAFI DI KALANGAN MAHASISWA
Semua orang mempunyai hobi apatah lagi hobi itu boleh menambahkan lagi pendapatan sampingan seperti contoh Bisnes Online, Jual tudung Online, jual macam2 lagi lah heeeee. Tetapi pada masa kini hobi yang cukup di minati ialah PHOTOGRAPHY dan cara sebutnya sepertimana lecturer saya ajar PHE-TO-GRAPHY. Hah begitula cara sebutannya wink2x. Hobi dalam bidang fotografi ini sangat diminati ramai bagi kalangan mahasiswa dan juga mahasiswi mahupun orang tua kan katanya .
Ada juga yang mengatakan hobi ini adalah hobi yang memerlukan kewangan yang mantap dan juga tidak mudah untuk dipelajari oleh mahasiswa kerana hendak memerlukan kamera sahaja sudah menggunakan ringgit malaysia ribu-ribuan, namun ternyata mahasiswa sanggup menggadaikan nyawa untuk memilikinya hehehehe. Pada masa kini juga terdapat banyak kelab, persatuan fotografi dan penggiat2 yang aktif dalam bidang fotografi.
Boleh dikatakan hobi ini juga dapat sudah menjadi life style tersendiri bagi kalangan mahasiswa. Ada juga mahasiswa yang menjadikan hobinya ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka yang cukup lumayan. Ibarat “sambil menyelam minum air dan boleh juga alang-alang menyeluk pekasam biar sampai dekat tempat kene BCG hehehe”.
Namun apakah yang akan terjadi sekiranya mahasiswa-mahasiswa yang terlalu obses dengan hobinya ini sehinggakan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Adakah hobi ini yang dipersalahkan dan apa yang harus mahasiswa lakukan?jadi tepuk dada tanya la selera apa yer???wink2 x :P
Fotografi itu karya seni, jika ini dipelajari dengan baik dan mempraktikkannya sudah tentu ianyan akan mampu menjadikan salah satu pekerjaan yang sangat menguntungkan, kiranya boleh jadi bisnes men, tetapi mesti lah disandarkan dengan daya usaha yang kuat yer... ingat yer untuk menjadi insan yang cemerlang datang dari akal hati yang tenang dan jiwa yang mantoppp!!!!! Selamat beramal semua